Thursday 27 October 2011

AMARAN! UNTUK 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA.. :P

Hehe maaf admin hanya bergurau sahaja.. Mungkin title yang kelihatan agak mengejutkan, tapi harapan dengan cara ini pelawat akan membuka untuk menonton tayangan video ini. Sekadar untuk perkongsian bersama. Sering kali admin ditanya apakah petua atau teknik penekanan yang digunakan untuk menubuhkan pasukan kompang yang berjiwa besar. Tambahan pula pasukan itu sering menang besar di peringkat tertinggi di Malaysia. Kebiasaannya admin akan adakan latihan "beat up" terlebih dahulu sebelum memulakan latihan paluan dan formasi. Latihan ini bertujuan memperkukuhkan tempo, detik, dinamik dan pelbagai unsur muzikal lain. Gerakan dan irama ini direka untuk menguji sejauh mana kemampuan murid dalam mengingati apa yang disampaikan guru sambil  memupuk semangat berpasukan dalam sesuatu kumpulan. Kalau didalam tentera, apakah yang menjadikan askar itu mengikut semua arahan sehinggakan sanggup bergadai nyawa sekiranya diarahkan bersedia dihadapan hadapan? Pastinya kawad yang mendisiplinkan mereka sehingga akur pada arahan atasan. Siapa yang mahu jadikan diri sebagai perisai barisan hadapan di dalam peperangan.. hehe
Itulah juga yang dilabelkan dalam latihan ini yang ternyata memberikan kesan dedikasi yang tinggi pada sesebuah pasukan. Keseragaman amat penting dalam pertandingan Paluan Kompang Dan Formasi. Bukannya mudah hendak tubuhkan pasukan kompang yang bermain kompang sambil membuat formasi pada kiraan detik dan tempo yang betul. Jadi keseragaman adalah faktor utama terlebih-dahulu perlu di ambil berat. Banyak lagi tips yang boleh admin berikan, tetapi nanti tiada idea pula untuk sesi penulisan yang lain. hehe.. Apapun kita layan dahulu video ini dan jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambahbaikan ye..

2 comments: