Saturday 29 October 2011

Penggunaan Kibod Dalam P&P Pendidikan Muzik

Terdapat 7 konsep muzik yang perlu guru terapkan semasa P&P Pendidikan Muzik. Ianya adalah irama, tempo, tone, melodi, bentuk, harmoni dan dinamik. Penggunaan alat muzik kibod di waktu pengajaran muzik boleh membantu guru menyampaikan 7 konsep dengan mudah. Berdasarkan pengalaman admin mengajar di sekolah, kalau murid tidak mendengar alunan muzik daripada kibod pasti mereka akan muncung. Jelaslah bahawa alat muzik kibod dapat menarik perhatian murid semasa pengajaran muzik.


Konsep irama membawa maksud susunan notasi muzik di dalam skor tanpa elemen pic. kalau nak ajar konsep irama ni memang mudah. Kita mainkan saja pelbagai irama di dalam kibod dan murid mendengar ataupun mengajuk. Jika murid dapat buat maka pengajaran kita berjaya.

Konsep tempo membawa maksud kelajuan sesebuah lagu tersebut. Dengan menggunakan kibod, tempo sesebuah lagu dapat ditukar dengan mudah. Maka sekali lagi cikgu berjaya menyampaikannya pada murid.

Seterusnya konsep tone, yang mana perbezaan bunyi yang dihasilkan. contohnya suara wanita dan lelaki adalah berbeza. Di dalam kibod, terdapat beratus bunyi tone alat muzik mahupun effect yang dapat dihasilkan. Sekali lagi ianya mudah untuk disampaikan dengan menggunakan kibod kan cikgu?

Konsep melodi yang terhasil daripada Rentak dan Pitch. Dicadangkan cikgu mengajar nyanyian dimana konsep ini lebih jelas disampaikan kepada murid. Dengan menggunakan kibod dan sedikit kemahiran. konsep melodi sangat mudah untuk diajar. tapi pitching jangan lari =)

Konsep bentuk membawa maksud perubahan sesuatu lagu itu pada bentuk lain. Contohnya korus pada sesebuah lagu. Ianya juga mudah disampaikan dengan menggunakan kibod. Cikgu boleh berhenti dimana-mana saja bahagian lagu tersebut kemudian sambung semula jika murid masih belum tangkap.

Harmoni, didalam muzik lain maksudnya, iaitu gabungan 2,3 dan lebih not yang sesuai mengikut kord lagu. kalau cikgu mengajar dalam nada C Major dan kord yang terlibat di bar tersebut adalah kord G Major. Maka not yang sesuai untuk digabungkan adalah G, B dan D. Kalau cikgu tekan saja not F, maka jadi G7 la cikgu. hehe.. Saya percaya cikgu pun semuanya hebat. Pasti faham bukan? yang pasti ianya mudah untuk disampaikan dengan menggunakan kibod bukan?

Akhir sekali konsep muzik dinamik yang membawa maksud perubahan lagu dari perlahan kepada kuat ataupun slow kepada laju. Cikgu tukarkan volume dari perlahan kepada kuat atau sebaliknya pada butang kibod. Atau tukar tempo dari perlahan kepada laju pada bahagian tertentu lagu mengikut perancangan. BAMM... konsep muzik dinamik sudahpun disampaikan..

Kesimpulannya dengan menggunakan alat muzik kibod banyak membantu cikgu dalam menyampaikan 7 konsep utama pendidikan muzik ini. Berikutnya pula adalah kreativiti cikgu dalam menyampaikannya dengan lebih menarik.

  Selingan lagu Angry Birds dengan kibod

No comments:

Post a Comment