Saturday 29 October 2011

Penggunaan Kibod Dalam P&P Pendidikan Muzik

Terdapat 7 konsep muzik yang perlu guru terapkan semasa P&P Pendidikan Muzik. Ianya adalah irama, tempo, tone, melodi, bentuk, harmoni dan dinamik. Penggunaan alat muzik kibod di waktu pengajaran muzik boleh membantu guru menyampaikan 7 konsep dengan mudah. Berdasarkan pengalaman admin mengajar di sekolah, kalau murid tidak mendengar alunan muzik daripada kibod pasti mereka akan muncung. Jelaslah bahawa alat muzik kibod dapat menarik perhatian murid semasa pengajaran muzik.


Konsep irama membawa maksud susunan notasi muzik di dalam skor tanpa elemen pic. kalau nak ajar konsep irama ni memang mudah. Kita mainkan saja pelbagai irama di dalam kibod dan murid mendengar ataupun mengajuk. Jika murid dapat buat maka pengajaran kita berjaya.

Konsep tempo membawa maksud kelajuan sesebuah lagu tersebut. Dengan menggunakan kibod, tempo sesebuah lagu dapat ditukar dengan mudah. Maka sekali lagi cikgu berjaya menyampaikannya pada murid.

Seterusnya konsep tone, yang mana perbezaan bunyi yang dihasilkan. contohnya suara wanita dan lelaki adalah berbeza. Di dalam kibod, terdapat beratus bunyi tone alat muzik mahupun effect yang dapat dihasilkan. Sekali lagi ianya mudah untuk disampaikan dengan menggunakan kibod kan cikgu?

Konsep melodi yang terhasil daripada Rentak dan Pitch. Dicadangkan cikgu mengajar nyanyian dimana konsep ini lebih jelas disampaikan kepada murid. Dengan menggunakan kibod dan sedikit kemahiran. konsep melodi sangat mudah untuk diajar. tapi pitching jangan lari =)

Konsep bentuk membawa maksud perubahan sesuatu lagu itu pada bentuk lain. Contohnya korus pada sesebuah lagu. Ianya juga mudah disampaikan dengan menggunakan kibod. Cikgu boleh berhenti dimana-mana saja bahagian lagu tersebut kemudian sambung semula jika murid masih belum tangkap.

Harmoni, didalam muzik lain maksudnya, iaitu gabungan 2,3 dan lebih not yang sesuai mengikut kord lagu. kalau cikgu mengajar dalam nada C Major dan kord yang terlibat di bar tersebut adalah kord G Major. Maka not yang sesuai untuk digabungkan adalah G, B dan D. Kalau cikgu tekan saja not F, maka jadi G7 la cikgu. hehe.. Saya percaya cikgu pun semuanya hebat. Pasti faham bukan? yang pasti ianya mudah untuk disampaikan dengan menggunakan kibod bukan?

Akhir sekali konsep muzik dinamik yang membawa maksud perubahan lagu dari perlahan kepada kuat ataupun slow kepada laju. Cikgu tukarkan volume dari perlahan kepada kuat atau sebaliknya pada butang kibod. Atau tukar tempo dari perlahan kepada laju pada bahagian tertentu lagu mengikut perancangan. BAMM... konsep muzik dinamik sudahpun disampaikan..

Kesimpulannya dengan menggunakan alat muzik kibod banyak membantu cikgu dalam menyampaikan 7 konsep utama pendidikan muzik ini. Berikutnya pula adalah kreativiti cikgu dalam menyampaikannya dengan lebih menarik.

  Selingan lagu Angry Birds dengan kibod

Thursday 27 October 2011

AMARAN! UNTUK 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA.. :P

Hehe maaf admin hanya bergurau sahaja.. Mungkin title yang kelihatan agak mengejutkan, tapi harapan dengan cara ini pelawat akan membuka untuk menonton tayangan video ini. Sekadar untuk perkongsian bersama. Sering kali admin ditanya apakah petua atau teknik penekanan yang digunakan untuk menubuhkan pasukan kompang yang berjiwa besar. Tambahan pula pasukan itu sering menang besar di peringkat tertinggi di Malaysia. Kebiasaannya admin akan adakan latihan "beat up" terlebih dahulu sebelum memulakan latihan paluan dan formasi. Latihan ini bertujuan memperkukuhkan tempo, detik, dinamik dan pelbagai unsur muzikal lain. Gerakan dan irama ini direka untuk menguji sejauh mana kemampuan murid dalam mengingati apa yang disampaikan guru sambil  memupuk semangat berpasukan dalam sesuatu kumpulan. Kalau didalam tentera, apakah yang menjadikan askar itu mengikut semua arahan sehinggakan sanggup bergadai nyawa sekiranya diarahkan bersedia dihadapan hadapan? Pastinya kawad yang mendisiplinkan mereka sehingga akur pada arahan atasan. Siapa yang mahu jadikan diri sebagai perisai barisan hadapan di dalam peperangan.. hehe
Itulah juga yang dilabelkan dalam latihan ini yang ternyata memberikan kesan dedikasi yang tinggi pada sesebuah pasukan. Keseragaman amat penting dalam pertandingan Paluan Kompang Dan Formasi. Bukannya mudah hendak tubuhkan pasukan kompang yang bermain kompang sambil membuat formasi pada kiraan detik dan tempo yang betul. Jadi keseragaman adalah faktor utama terlebih-dahulu perlu di ambil berat. Banyak lagi tips yang boleh admin berikan, tetapi nanti tiada idea pula untuk sesi penulisan yang lain. hehe.. Apapun kita layan dahulu video ini dan jangan lupa tinggalkan komen anda untuk penambahbaikan ye..

Monday 17 October 2011

Aplikasi di dalam handphone yang boleh digunakan semasa penyampaian P&P Muzik

Pelaksanaan sukatan baru dalam KSSR yang baru diperkenalkan banyak mempertengahkan penggunaan teknologi maklumat di dalam semua matapelajaran sekolah rendah. Guru muzik juga tidak lagi hanya sekadar mengajar dengan teknik lama permainan alat muzik dan carta. Terdapat juga cd mahupun video yang dicadangkan oleh pembekal yang hampir serupa dengan aplikasi ini, namun harga yang perlu dibayar terlalu tinggi.Sebagai cadangan guru-guru boleh menggunakan handphone (smartphone) dengan sistem seperti ios, android dan sebagainya bolehlah mendapatkan aplikasi percuma di pasaran.


Aplikasi Music Note Flashcards sebagai contohnya dapat membantu murid meneka note yang tepat didalam garisan baluk dengan animasi dan muzik yang menarik.















Fun With Note, aplikasi yang sangat menarik membimbing murid mengenali kedudukan note di dalam baluk beserta dengan gambaran piano dan grafik yang mantap.









 Youth Music Instruments pula bila diteliti sangat sesuai untuk dijadikan bahan P&P pada murid tahap 1. Aplikasi yang mudah serta jelas mampu membi,bing murid mendalami jenis alat muzik beserta dengan contoh bunyi yang dihasilkan.














 Penjelasan jenis alat muzik juga disediakan.



































Murid boleh memilih jenis alat muzik dan memperdengarkan contong fungsi alata tersebut didalam gubahan muzik yang disediakan.
















Aplikasi berupa teka-teki
















Dalam menyampaikan pengajaran melalui hanphone. Guru boleh menggunakan sistem all share iaitu sambungan terus dari hanphone kepada skrin atau tv tanpa menggunakan wayar. Mudah bukan.

Penulisan ini sekadar cadangan untuk dikongsikan bersama.. Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 16 October 2011

Pertandingan Paluan Kompang Dan Formasi Peringkat Negeri Perak

Berita baik kepada penggemar seni kompang. Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi Peringkat Negeri Perak bakal diadakan semula setelah setahun mendiamkan diri. Pertandingan yang akan dilangsungkan pada 3 November di Kuala Kangsar, Perak bakal memperlihatkan semula jaguh-jaguh Perak setelah pertandingan peringkat daerah telah dilangsungkan  terlebih dahulu. Sekolah saya berpeluang menyertainya dan bertekad untuk mempertahankan kejuaraan kami.




  Selain daya ketangkasan permainan kompang.
  Pertandingan ini jelas menguji tahap kemampuan
  peserta dalam mengimbangi kualiti ton, tempo,
  rentak, irama dan sebagainya sambil melakukan 
  gerakan yang telah dirancang. Kebiasaannya guru
  mengambil masa selama 4 bulan untuk melatih
  sesebuah pasukan yang terdiri daripada 16 orang
  peserta ini. Jadi kepada semua guru muzik yang
  berminat untuk menyertai atau melihat dahulu
  pertandingan ini. Anda dijemput ke Kuala Kangsar
  nanti. Maaf tempat pertandingan masih belum
  diketahui dan saya akan memperbaharuikannya
  nanti.  Mohh kite yeopp....!!

Risau

Hari ini aku nak start buat blog. Assignment kali ni membuatkan aku risau kerana belum pernah buat blog. Ada yang bertanya pada aku macam mana nak mulakan blog. Tapi hakikatnya aku sendiri tak tahu..hehe..Tapi aku percaya assignment kali ni agak berbaloi dan sangat relevant dengan guru. Guru digalakkan mengejar segala teknologi yang ada didunia ini sebelum ketinggalan dengan profession lain. Guru sebagai agent, penyebar, roll model dan sebagainya yang pernah kita dengar. Kita cuba dulu ya..

Selamat Mencuba